FAKTA MENARIK TENTANG SEMUT


 Tahukah anda fakta menarik tentang semut iaitu makhluk ciptaan Allah s.w.t yang kecik ini??Ada sesetengah manusia begitu membenci semut kerana semut ini suka menggigit. Eh ye ke??

Jom selami kisah seekor semut!!

okay hari ini tiba-tiba rasa macam nak kongsi dengan korang semua apa yang istimewa tentang seekor semut ni. Kenapa banyak-banyak binatang saya pilih semut? sebab saya rasa semut ni amat comel. Issshh mengarut je comel. Entah lah camna nak cakap pasal semut nie.

Menariknya semut ni sebab :

1) Semut suka tidur dan boleh dikatakan pemalas jugak. Kenapa??sebab kajian menunjukkan yang purata tidur seekor semut api sekitar 253 kali sehari. Macam mana tu??okay macam ni setiap kali semut tido setiap satu sesi ialah selama 1 1/2 minit yang bersamaan dengan 4.8 jam sehari. Tapi ratu semut tidur lagi lama iaitu 9.4 jam sehari. Dia tak pe lah sebab dia ratu. Kalau rakyat biasa atau hamba mesti kena cucuk bontot tu..heheehe..yang nie tak termasuk dalam fakta tau.

2) Semut tak ada telinga. Eh ye ke habis macam mana dia mendengar?? Haa rileks dulu. Semut mendengar dengan menggunakan getaran melalui kakinya. Wow hebat!

3) Ratu semutmemiliki sayap yang mana apabila mereka membina petempatan baru atau koloni baru sayap tersebut akan gugur ke bumi. Kat rumah sapa yang ada bela semut secara part time tu boleh lah check jap agi yang mana ada sayap tu lah ratu. Kamu tak nak ke kahwin dengan ratu semut hehe..Gurau je..

4) Ratu memberi telur nya makan air liurnya. errmmm no komen..

5) Jangka hayat seekor semut dianggarkan mencecah 30 tahun.. 

6) Deria bau semut lebih kurang hebat dengan deria bau anjing.. Patutlah kalau ada gula sekelip mata semut nie kerumun..

7) Semut adalah makhluk paling terkuat di dunia sebab dia boleh angkat beban yang berkali ganda lebih berat dari dirinya.

8) Kebanyakan semut yang anda selalu lihat or jumpa tu adalah semut betina. Sebab semut jantan tugas dia adalah mengawan dengan ratu semut dan hanya hidup selama beberapa bulan sahaja.

9) Semut mempunyai 2 perut dimana satu untuk simpan makanan untuk diri sendiri dan satu lagi untuk koloninya. Mereka akan memindahkan makanan tersebut kepada koloni mereka dengan cara mendekatkan mulut antara satu sama lain atau manusia suka panggil semut bercium.. omaigod!!

10) Semut dikatakan mempunyai 250,000 sel-sel otak.. in shaa allah semuanya berhubung antara satu sama lain..


Okay dah baca semua nie baru tahu kan yang semut ni sebenarnya agak lain dari apa yang kita fikirkan. So terima lah bahawa dunia ini juga untuk semut yang kecik dan garang ini.. Lepas ni sapa yang menjadi pembunuh tegar semut tu sila kan lah bertaubat ye..Nie tak tengok semut goyang bontot depan mata terus buat jahat amik pensel cucuk semut tu.Kesian dia.. okay lah jumpa di penulisan yang berikutnya yaa.. sayonara..

sumber:cisdel.com


LOS ANGELES- Robin Williams yang merupakan seorang pelakon komedi hollywood ditemui mati di kediamannya di Marin County, California dipercayai membunuh dirinya sendiri. Beliau yang berumur 63 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 12.02 tengah hari waktu tempatan.










 Punca kematian masih disiasat. Sebelum ini beliau menghidapi penyakit kemurungan selain ketagih dadah dan alkohol. Beliau pernah berlakon dalam Good Morning Vietnam, Dead Poets Society, Awakenings, Mrs Doubtfire dan Good Will Hunting pada 1997 .


                                                                 **rest in peace**

LAWAK TELEFON

                                       TELEFON



Lawak habisss!!

Sudin menelefon kawannya Samad.Tetapi Samad tidak menjawab panggilannya. Sebagai alternatif lain,Sudin menghantar SMS.

SMS pertama : Samad,kau kat mane? - tiada balasan dari Samad.

SMS kedua:Mana kau ni?kau tengah busy ke? - tiada balasan diterima.

SMS ketiga:Samad,kau marah aku ke?Balas lah mesej aku jangan macam ni.

SMS keempat dan terakhir: weh Samad. Marah sungguh hang kat aku. Dari tadi aku kol dan mesej hang langsung  tak balas. Panjang berjela-jela mesej aku satu pun hang tak balas. Aku nak bagitau hang yang handset hang tertinggal kat umah aku nie. Dari pagi tadi lagi ada org kol dan mesej macam ada hal penting je....
  




IDEA KREATIF BAHAN TERBUANG



Okay hari ini saya nak kongsikan dengan semua cara-cara untuk mencantikkan halaman rumah atau dalam rumah anda dengan menggunakan bahan-bahan terbuang atau juga dikenali sebagai bahan kitar semula. Mesti ramai suri rumah atau wanita yang mengalami masalah untuk membuang bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti botol, tayar kereta yang dah tak boleh guna or apa-apa je lah yang berkaitan.Haa daripada anda buang lebih baik anda kitar semula barang-barang tersebut supaya anda tidak membazir malah dapat cipta sesuatu yang berguna kot.Tak nak cakap banyak jom kita tengok.........


kalau malas nak beli penyodok kecik macam ni baik buat sendiri. Cantik dan senang je..

yang nie sesuai sangat untuk suri rumah yang sukakan kelainan dalam rumah.Kalau sekali tengok tak nampak macam diperbuat dari botol pun tapi nampak macam beli kat Paris u olllsss!! carilah pembalut yang glam gitu supaya lebih menarik ye... nak tanam pokok durian pun boleh..(gurau sikit) :-p

haaa kalau yang macam ni boleh bagi anak-anak untuk letak dekat laman bacaan dalam kelas mereka kat sekolah tu. Boleh reka apa je bentuk animals kesukaan anak-anak anda.. Yang penting anda kreatif !!


wow!! yang ni amat menarik kot ! Daripada tayar terpakai boleh hasilkan kolam buatan sendiri. Daripada bela nyamuk aedes dalam tayar ni lebih baik buat kolam. Yang ni jangan risau tak kena denda pun..Nak beli ikan keli pun boleh rasanya kot.. :-) 


setiap kali raya kalau tak cukup duit nak beli perabut baru tu ambil je tayar cik suami yang tersadai kat belakang rumah tu dan cipta kerusi anda sendiri.Sesuai letak dalam rumah dan jugak kat luar rumah. Tapi yang ni perlukan kesabaran yang maha tinggi lah sebab perlukan kepekaan yang tinggi supaya hasilnya cantik dan menarik.. Haaa kan dah kata jimat sangat!!



okay dah tengok kan?? So macam mana menarik dan hebat tak idea ni? Kalau berkenan jangan tunggu orang lain buat dulu baik anda dulu mulakannya...Mana tahu nanti jadi usahawan barang terbuang ke tak ke kaya gitu.. Bukan setakat boleh berjimat tapi hasilnya juga amat memuaskan... 



INDAHNYA KAMU WAHAI WANITA






1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkanya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah
akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.


8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,”Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.


19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu
berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.



Wahai wanita, usah dikau merasa lemah dan hina kerana engkau tercipta penuh keindahan. Bukan hanya indah bila dipandang tetapi engkau turut indah bila dimiliki.Dunia tanpa kamu umpama bumi tanpa daratan.Wahai Adam hargai kami..

PAK BELANG MENGGANAS

GAMBAR HIASAN


Kolkata: Seekor harimau membaham sebelum mengheret seorang wanita ke hutan di depan suaminya.
Pasangan itu bersama seorang jurumudi bot dikatakan menangkap ketam di sungai cetek di Benggala Barat Jumaat lalu.

Haiwan itu menerkam dan mengheret wanita berkenaan ke paya bakau di Hutan Pirkhali kawasan yang terkenal dengan beberapa siri serangan haiwan buas itu, sementara suaminya kaku melihat kejadian berkenaan.


Pegawai hutan Nabin Chandra berkata, operasi mencari dijalankan selepas pihaknya menerima laporan daripada suami mangsa.

Bagaimanapun, usaha itu gagal menemui sebarang kesan mangsa.


Serangan berlaku di Sunderbans, kawasan paya bakau, tempat mengalirnya Sungai Ganges ke Teluk Benggala.


Ia kes keenam yang dilaporkan tahun ini.

Menurut pakar alam sekitar, habitat harimau yang semakin terancam memaksa haiwan itu meluaskan kawasan memburu makanan.


Jun lalu, harimau benggala menerkam lelaki di dalam bot dan mengheretnya ke kawasan paya bakau di depan beberapa anaknya.

Difahamkan, keluarga yang diserang harimau itu juga bekerja sebagai pemungut ketam di Taman Hutan Negara Sunderbans.



Kira-kira 3,200 harimau dipercayai masih berkeliaran di hutan di seluruh India. - Agensi


SUMBER RUJUKAN : AKHBAR HARIAN METRO

WABAK EBOLA




WABAK EBOLA 


1) APAKAH ITU EBOLA




Menurut saintis, EBOLA merupakan salah satu virus yang menyerang sistem darah.Ebola turut di kenali sebagai demam haemorraghic . ia menjadikan mangsa berdarah kerana ia menyerang sistem darah manusia.

2)BAGAIMANAKAH IA MEREBAK?



A) MELALUI SENTUHAN CECAIR BADAN - DARAH, PELUH, AIR LIUR, AIR MANI DAN SELAINNYA.
#TIDAK MEREBAK MELALUI UDARA ATAUPUN AIRBORNE.

3)TANDA-TANDA DISERANG

  • SAKIT KEPALA
  •  CIRIT-BIRIT
  • MUNTAH
  • LEMAH-LEMAH BADAN
  • SAKIT SENDI
  •  SAKIT PERUT
  •  HILANG SELERA MAKAN
  • DEMAM



PERINGKAT EBOLA MULA MEREBAK