Okay hari ini saya nak kongsikan dengan semua cara-cara untuk mencantikkan halaman rumah atau dalam rumah anda dengan menggunakan bahan-bahan terbuang atau juga dikenali sebagai bahan kitar semula. Mesti ramai suri rumah atau wanita yang mengalami masalah untuk membuang bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti botol, tayar kereta yang dah tak boleh guna or apa-apa je lah yang berkaitan.Haa daripada anda buang lebih baik anda kitar semula barang-barang tersebut supaya anda tidak membazir malah dapat cipta sesuatu yang berguna kot.Tak nak cakap banyak jom kita tengok.........
yang nie sesuai sangat untuk suri rumah yang sukakan kelainan dalam rumah.Kalau sekali tengok tak nampak macam diperbuat dari botol pun tapi nampak macam beli kat Paris u olllsss!! carilah pembalut yang glam gitu supaya lebih menarik ye... nak tanam pokok durian pun boleh..(gurau sikit) :-p
haaa kalau yang macam ni boleh bagi anak-anak untuk letak dekat laman bacaan dalam kelas mereka kat sekolah tu. Boleh reka apa je bentuk animals kesukaan anak-anak anda.. Yang penting anda kreatif !!
wow!! yang ni amat menarik kot ! Daripada tayar terpakai boleh hasilkan kolam buatan sendiri. Daripada bela nyamuk aedes dalam tayar ni lebih baik buat kolam. Yang ni jangan risau tak kena denda pun..Nak beli ikan keli pun boleh rasanya kot.. :-)
setiap kali raya kalau tak cukup duit nak beli perabut baru tu ambil je tayar cik suami yang tersadai kat belakang rumah tu dan cipta kerusi anda sendiri.Sesuai letak dalam rumah dan jugak kat luar rumah. Tapi yang ni perlukan kesabaran yang maha tinggi lah sebab perlukan kepekaan yang tinggi supaya hasilnya cantik dan menarik.. Haaa kan dah kata jimat sangat!!
okay dah tengok kan?? So macam mana menarik dan hebat tak idea ni? Kalau berkenan jangan tunggu orang lain buat dulu baik anda dulu mulakannya...Mana tahu nanti jadi usahawan barang terbuang ke tak ke kaya gitu.. Bukan setakat boleh berjimat tapi hasilnya juga amat memuaskan...