FAKTA MENARIK TENTANG SEMUT


 Tahukah anda fakta menarik tentang semut iaitu makhluk ciptaan Allah s.w.t yang kecik ini??Ada sesetengah manusia begitu membenci semut kerana semut ini suka menggigit. Eh ye ke??

Jom selami kisah seekor semut!!

okay hari ini tiba-tiba rasa macam nak kongsi dengan korang semua apa yang istimewa tentang seekor semut ni. Kenapa banyak-banyak binatang saya pilih semut? sebab saya rasa semut ni amat comel. Issshh mengarut je comel. Entah lah camna nak cakap pasal semut nie.

Menariknya semut ni sebab :

1) Semut suka tidur dan boleh dikatakan pemalas jugak. Kenapa??sebab kajian menunjukkan yang purata tidur seekor semut api sekitar 253 kali sehari. Macam mana tu??okay macam ni setiap kali semut tido setiap satu sesi ialah selama 1 1/2 minit yang bersamaan dengan 4.8 jam sehari. Tapi ratu semut tidur lagi lama iaitu 9.4 jam sehari. Dia tak pe lah sebab dia ratu. Kalau rakyat biasa atau hamba mesti kena cucuk bontot tu..heheehe..yang nie tak termasuk dalam fakta tau.

2) Semut tak ada telinga. Eh ye ke habis macam mana dia mendengar?? Haa rileks dulu. Semut mendengar dengan menggunakan getaran melalui kakinya. Wow hebat!

3) Ratu semutmemiliki sayap yang mana apabila mereka membina petempatan baru atau koloni baru sayap tersebut akan gugur ke bumi. Kat rumah sapa yang ada bela semut secara part time tu boleh lah check jap agi yang mana ada sayap tu lah ratu. Kamu tak nak ke kahwin dengan ratu semut hehe..Gurau je..

4) Ratu memberi telur nya makan air liurnya. errmmm no komen..

5) Jangka hayat seekor semut dianggarkan mencecah 30 tahun.. 

6) Deria bau semut lebih kurang hebat dengan deria bau anjing.. Patutlah kalau ada gula sekelip mata semut nie kerumun..

7) Semut adalah makhluk paling terkuat di dunia sebab dia boleh angkat beban yang berkali ganda lebih berat dari dirinya.

8) Kebanyakan semut yang anda selalu lihat or jumpa tu adalah semut betina. Sebab semut jantan tugas dia adalah mengawan dengan ratu semut dan hanya hidup selama beberapa bulan sahaja.

9) Semut mempunyai 2 perut dimana satu untuk simpan makanan untuk diri sendiri dan satu lagi untuk koloninya. Mereka akan memindahkan makanan tersebut kepada koloni mereka dengan cara mendekatkan mulut antara satu sama lain atau manusia suka panggil semut bercium.. omaigod!!

10) Semut dikatakan mempunyai 250,000 sel-sel otak.. in shaa allah semuanya berhubung antara satu sama lain..


Okay dah baca semua nie baru tahu kan yang semut ni sebenarnya agak lain dari apa yang kita fikirkan. So terima lah bahawa dunia ini juga untuk semut yang kecik dan garang ini.. Lepas ni sapa yang menjadi pembunuh tegar semut tu sila kan lah bertaubat ye..Nie tak tengok semut goyang bontot depan mata terus buat jahat amik pensel cucuk semut tu.Kesian dia.. okay lah jumpa di penulisan yang berikutnya yaa.. sayonara..

sumber:cisdel.com